Hadith :
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)
ISLAM-DASAR HIDUP MUSLIM
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:“Hari ini telah Ku-sempurnakan bagimu agama kamu dan telah dicukupkan bagimu nikmat-Ku dan Aku telah redha untuk menjadikan Islam sebagai agama kamu” (ayat terakhir yang diturunkan)
Saidina Abu Bakar menangis apabila mendengar ayat ini. Beliau faham tentang ayat ini diturunkan di mana Rasulullah akan meninggalkan mereka kerana telah cukup segala ajaran yang disampaikan kepada seluruh manusia. Selang beberapa bulan kemudian Rasulullah wafat dan meninggalkan kepada manusia 2 perkara iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Sekarang ini ramai yang mengaku Islam tetapi hanya sekadar pada nama tetapi tidak memahami apa itu Islam sebenarnya. Sepatutnya kita perlu memahami ajaran Islam kerana Islam adalah agama yang sejahtera (selamat, bahagia, sejahtera).Nescaya apabila kita menganut Islam dengan hati yang tulus ikhlas, kita akan mendapat kesejahteraan, ketenangan dan keamanan. Sepatutnya kita berbangga dengan agama Islam yang kita anuti.
Sebenarnya orang yang merasakan dirinya dapat menghiburkan orang lain sebenarnya dirinya tidak terhibur. Inilah apa yang terjadi kepada penyanyi-penyanyi popular.
Kita sepatutnya merenung diri kita, adakah kita telah menghayati ajaran Islam seperti yang sepatutnya. Kalau manusia tidak mengenal Islam pada sudut yang sebenarnya, perkara-perkara buruk yang mustahil boleh berlaku. Oleh itu, kita perlu sentiasa belajar agama dan mengenal cara yang betul. Saidina Umar r.a pernah berkata:“Sesungguhnya ajaran Islam akan terungkai sedikit demi sedikit bila ada individu tidak mengenal ajaran dan perbuatan Islam dan mengamal hidup Jahiliah.”
Kita perlu mengikis sifat-sifat Jahiliah yang ditinggalkan dan menggantikan dengan sifat-sifat Islam dan menunaikan tuntutan-tuntutan Islam dalam kehidupan kita. Segala sesuatu yang dilakukan hendaklah berteraskan kepada akidah Islam yang sebenarnya. Sebaliknya jika tidak, maka tamadun manusia itu akan runtuh dan masyarakat akan rosak akhlak.
Orang yang berada dalam keadaan desak iaitu ketika hendak menemui ajal dan tetap berdegil dengan kesilapan yang lalu, maka dia tergolong dalam golongan orang yang bongkak. Orang yang melakukan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain berdosa, maka orang itu juga berdosa.
Maka, kita hendaklah mempunyai pegangan untuk mencari kebenaran Islam yang sempurna dan melaksanakan segala suruhan Allah.
TANDA-TANDA BAHAGIA MENGIKUT KONSEP ISLAM
1.Menjauhkan diri daripada urusan-urusan dunia yang tak penting dan orang yang cinta kepada akhirat
--berlaku adil ( meletakkan sesuatu pada tempatnya)
--mencintai akhirat melebihi mencintai dunia
2.Kuat kemahuan kepada ibadah dan membaca Al-Qur’an
3.Orang yang sedkit bercakap dan banyak bekerja
4.Orang yang sentiasa menjaga solat fardhu 5 kali sehari
5.Orang yang menjaga diri daripada perkara-perkara yang haram dan syubhat
6.Orang yang bersahabat dengan orang yang soleh
7.Tawaddhu’(rendah diri), tidak takbur dan tidak sombong
8.Bersifat dermawan lagi mulia
9.Belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Orang yang sentiasa mengingati mati
PENYAKIT HATI
Tanda-tanda penyakit hati:
1. Tidak minat belajar
2. Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di dunia
3. Malas beribadat
4. Gemar/seronok untuk buat maksiat
5. Suka dipuji-puji dan bermegah-megah
"Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam diri walaupun hanya sebesar biji sawi” ---Hadis Nabi---
6. Tidak suka kepada kebajikan
Cara merawat hati:
1. Banyakkan berbuat ibadat
2. Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
“Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
---Surah Al-Kahfi 28---
3. Melakukan Qiamullail
4. Banyakkan berpuasa
5. Mancari sumber rezeki yang halal
15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
6 azab di dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
3 azab ketika di dalam kubur
1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa
kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”,
begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih
Nauzubillahiminzalik….
TAUBAT
Kenapa kita perlu bertaubat:
1. Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila dia berbuat
salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan beristighfar.
2. Setelah orang tersebut berbuat keji, maka dia sedar dengan kesilapannya, dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka megetahui.
Cara-cara bertaubat:
1. Melalui perbuatan—menyesal dengan apa yang telah kita lakukan
-Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama
-Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya
-Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini
-Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang itu
-Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan
2. Melalui lisan---beristighfar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar”
Syaitan akan terbakar apabila kita mengucap kalimah Lailaha illallah…..dan istighfar.
Syaitan sering memerangkap manusia itu dengan
sikap riak dan takbur dengan menganggap kita adalah yang terbaik.
Taubat tidak sempurna kalau:
1. Kalau tidak menambah ilmu
2. Kalau tidak bertambah amalannya
3. Kalau akhlaknya tidak bertambah baik
4. Masih menyimpan perasaan marah dan benci kepada orang lain
10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.
RAHSIA KEAJAIBAN SOLAT
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Jesteru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
-